Pertunangan yang diikat selama 3 bulan (28.9.2013) akhirnya diakhiri dengan majlis yang alhamdulillah penuh kegembiraan. Almaklumlah, abang anak sulung, jadi ini adalah perkahwinan pertaman dalam adik beradik, dalam anak2 mama papa. Majlis akad nikah yang bertempat di rumah pengantin perempuan di Kemuning Residence, Shah Alam dan majlis resepsi pada hari berikutnya di Dewan Tunku, National Golf Club, Subang Jaya SANGAT SANGAT MERIAH. Okay saje caps lock sebab memang sampai sekarang still can't get over it, overwhelming lagi. Rasa nak ulang balik hari bersejarah abang and kak mira tu. Happy sangat!!!! :D
Sejujurnya pihak lelaki taklah buat banyak persiapan (overall cuma telur pindang je) tapi penat dia mak aihhhh boleh menangis lah. Hahaha yelah, kena layan sedara mara yang datang rumah dari Singapore and kena buat hantaran jugak. Pastu bila dah jumpa cousins semua berjalan tak hengat dunia padahal next week tu dah start final exam hurm memang tak sedar diri betul haha
Tears. Of course lah kan. Masa abang akad nikah tu rasanya aku lah yang paling emotional. Rasa macam tak sempat nak manja dengan abang dia dah ada komitmen lain. Mula-mula tu macam boleh cover boleh control lagi tapi lepas two of my aunts try to comfort me haa amek kau air mata mencurah-curah ke ladang gandum jadilah.. tak takde koko krunch. Takde jadi apa-apa. Mata je bengkak, tu je hehe
The next day, pegi Dewan awal sebab nak kena rehearsal (poyo je kan nak rehearse rehearse bagai, haha kau ingat kau artis ha? ingat kau bini Jep? Eh LOL)
Yes. Kena rehearse sebab kena perform malam tu eceh retiss kauuu. Alhamdulillah rasanya everything went well (my singing) Selalu, karaoke tempat orang awal-awal nyanyi je orang tengok then orang akan sambung makan, borak and whatsoever kan tapi time tu tengah2 nyanyi sambil pejam mata tu (amboi feeling kauu) bukak mata pun orang still tengok and I was like amagaddd tak payah tengok boleh tak ni bukan konsert pleaseeee hahahaha
*btw aku nyanyi lagu Percayalah by Siti Nurhaliza malam tu :)
Kalau nak cerita satu-satu memang banyak, but aku benti sampai sini jelah so tanpa melengahkan masa meh la kita tengok2 gambar semasa dua majlis ini berlangsung :) *iolls tak banyak amek gambar and chuools boleh enjoy tengok video semasa majlis akad nikah yang sangat sangat awesome posem by CIPTA KARYA
Saufi and Amirah Solemnization on YouTube
Video by Cipta Karya Studio on VIMEO
Saufi and Amirah Solemnization.
Handsome groom + beautiful bride = WONDERFUL WEDDING
Suasana didalam Dewan Tunku. Service yang thumbs up!
Semoga berbahagia ke akhir hayat :')
Akad nikah
Muka control macho padahal tengah nervous giler hahaha
My Papa merenjis :)
Cantik kannnnnnnn :)
*pelamin di rumah pengantin perempuan untuk majlis akad nikah *
Some of the pictures yang aku curik kat FB mohon halalkan :P
Caption for all these aaaaaaaa nak lagi candy buffet. Serious sedap. First class!
Boleh like depa kat FB The Sweeten
*kenapa post ni? makan kan penting LOL*
ANTARA GAMBAR SEPANJANG
MAJLIS MERISIK AND MAJLIS PERTUNANGAN :)
Majlis merisik (raya aidilfitri ke-empat 2013)
Doa yang tulus ikhlas dari saya semoga berbahagia berkekalan hingga ke syurga.
CEPAT-CEPAT DAPAT ANAK OKAY
Sekian sahaja dari saya, In shaa Allah akan update lagi lepas ni. Byeee :*
























No comments:
Post a Comment